aku seorang warganegara Malaysia..
aku bukan nak ubah dunia...
tak pula aku melaung nakkan orang tunduk padaku...
aku juga bukannya meminta duit dari sesiapa...
aku juga bukannya meminta orang ikut telunjukku..
aku tak mampu utk mengubah segala2nya ....
bukan itu semua yang aku mahu...
aku cuma mahu belajar...
aku ingin menanbah ilmu di dada untuk kesenangan di masa hadapan..
bukan pula aku ingin menyusahkan orang lain..
tak pernah pun aku minta macam2..
permintaan ku cuma satu...
beri aku peluang untuk belajar.....
sering kali aku dimomokkan dgn khabar bahawa seorang pelajar harus peka..harus bebas..harus berani bersuara..harus mempunyai sifat2 global...harus mempunyai kepimpinan..harus cekal......harus berjuang demi apa yang hak dan betul.....namun hari ini apa yang berlaku di depan ku...
jauh dari apa yang diinginkan dari ku....seolah2 laungan supaya aku berkembang itu semuanya palsu belaka....
apa gunanya menyuruh pelajar bersuara ..tetapi suara mereka acap kali diketepikan...
apa guna suruh pelajar belajar tapi bila mereka minta sebuah kelas......'anda' sukarkan usaha mereka...jauh sekali untuk menyokong niat mereka......
bila pelajar menunjukkan kepimpinan mereka...belajar membuat keputusan sendiri...bermuafakat sesama sendiri.....'anda' perlekehkan konsensus mereka...bagi 'anda' mereka hanya mahu bersuka...mereka hanya mahu bergembira..jauh sekali mereka ingin belajar..itu yang ada di otak 'anda'....
hari ini aku menulis sebab aku tersedar...walaupun barangkali penulisan aku ini penuh dengan khilaf dan silapnya..barangkali tulisan ku ini menyakiti hati mereka...barangkali...tulisan ini ...ditulis dengan emosi yang penuh..barangkali tulisan ini..ditulis oleh 'aku' yang tak matang untuk berfikir...
namun..
aku tulis juga...
kerana aku harus menyuarakan rasa hati aku...
kerana aku ingin menjadi aku....
biarlah hanya beberapa kerat je yang baca luahan ku ini..namun...
aku yakin ...secebis pendapat dari aku...
mampu membuka mata mereka yang membaca...
K.A.K di dalam dilema..!
2 comments:
umbraxes
dude, don't give em a damn. you're working hard for 'You'. even though your road of study is hard keep working harder. show em you can make it. show em that the you who worked hard can get the things the them played around with and ignored.
This is your future. not theirs. Peace out!
dear Umbraxes..thanks dude..!
Post a Comment