Blog Archive

Showing posts with label rapuan. Show all posts
Showing posts with label rapuan. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Bajet 2013, dan Malaysia..


Esok merupakan tarikh pembentangan bajet 2013 yang sudah pasti menjadi perhatian bagi rakyat Malaysia secara umum. Soalan yang bermain di fikiran saya sekarang ini ialah sejauh manakah pandangan rakyat umum mampu diterjemahkan ke dalam bajet 2013 ini? 

Sedar atau tidak, suka  mahupun tak kita haruslah menerima hakikat bahawa kerajaan persekutuan yang ada pada hari ini bukanlah satu kerajaan yang kukuh memandangkan ia terbentuk tanpa undi majoriti 2/3 rakyat Malaysia. Namun, tidak dapat dinafikan juga, dengan majoriti yang kecil ini, kerajaan persekutuan yang ada pada hari ini juga bukanlah kerajaan yang duduk diam dan tidak berubah.

 Kalau ikut perkembangan 2- 3 tahun sudah, pelbagai transformasi telah pun dilaksanakan bagi menunjukkan bahawa perubahan sedang dilakukan dan akan terus dilakukan. Pun begitu, sehingga kini kesan pembaharuan dari transformasi tersebut masih belum betul- betul boleh diukur lantaran rentak dan strategi yang dimainkan oleh parti lawan ataupun barisan pembangkang. 

Kelihatannya, seolah- olah sukar untuk mentafsir sesuatu suasana dan situasi semasa (majlis2 anjuran kerajaan dan parti2 sekutunya mahupun majlis2 pembangkang) dengan jelas. Segalanya di Malaysia kini kabur dan masing- masing cuba menafikan sesuatu kebenaran dengan bermain sentimen- sentimen yang mampu membakar emosi rakyat semasa. Jadi sejauh manakah perubahan dan transformasi yang dilakukan kerajaan persekutuan mampu memenuhi keperluan, kehendak serta memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia?

Di situlah bermainnya peranan Bajet 2013.Bajet 2013, seperti juga bajet- bajet tahun yang sudah memainkan peranan yang amat penting sekali, terutama dalam mengagihkan pendapatan negara kepada negara dengan tujuan mencapai manfaat yang maksimum untuk negara Malaysia. Namun yang menjadi uniknya bajet 2013 ini ialah kerana ia merupakan bajet sebelum Pilihanraya Umum diadakan. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap Bajet 2013 tidaklah nanti seperti 'indah khabar dari rupa'. Ia seharusnya mewakili seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang pro kepada pemerintah mahupun yang menentang pemerintah. Ia harus kelihatan jujur serta tidak dilihat sebagai untuk memancing undi semata- mata.

Di satu sudut, dalam saya meraikan perbezaan ideologi politik di Malaysia, saya juga berhasrat ingin memastikan kita semua menanamkan rasa cinta kepada negara bertuah ini. Jadilah rakyat Malaysia yang sejati. Parti- parti politk di Malaysia harus berubah. Yang menjadi pemerintah harus sedar diri, tidak bongkak, kurangkan rasuah dan ketirisan dan kuatkan perpaduan sesama rakyat. Manakala yang menjadi pembangkang, teruskan usaha mengenengahkan kemungkinan ketirisan, kurangkan serangan bersifat peribadi, dan kuatkan perpaduan sesama rakyat. 

Selamat malam.

Tuesday, November 29, 2011

Gelagat si gila.


Apa nak jadi la dengan wakil pembangkang kat parlimen. Aku dah penat lah. Asal sesuatu bill atau perkara yang dibincangkan tidak berkenan maka mereka boikot dan keluar dewan ramai2. Soalnya adakah tindakan keluar dewan itu bertanggungjawab? atau itu satu cara untuk melarikan diri dari setelah gagal menyediakan hujah2 yang konkrit untuk menangkis cadangan kerajaan? terbaru ni pasal Peaceful assembly bill mcm mana nak cakap ek.. mereka keluar lagi..alasannya mudah..mereka kata kerajaan tergesa2 untuk meluluskan bill tersebut..jadi tindakan susulan dari itu..mereka keluar dewan.. cemerlang...  entahlah...  tepuk dada tanya selera..bagaikan melihat gelagat si orang gila.. kasihan siapa yang undi mereka.

Sunday, June 12, 2011

Dunia ini besar, yang kecil ialah manusia..

Hello, aku amat sibuk..dan tak punyai banyak masa untuk melayari internet namun bila da tinggal di Kuala Lumpur, aku terilham sesuatu ..iaitu..dunia ni besar..yang kecil adalah manusia... so kalau manusia tu rasa diri dia dah cukup besar..perlulah dia ingat bahawa dia hanyalah manusia yang merasakan dirinya besar di dunia yang dia sebenarnya terlalu kecil...

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...