Blog Archive

Wednesday, February 24, 2010

Peribahasa Melayu yang bermakna!

1. Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi- kita semakin tinggi ilmu haruslah semakin merendah diri..tp merendah diri hendaklah berpada2..apa gunanya merendah diri pada orang yang tak hormat pada kita..

2. Untung sabut timbul..untung batu tenggelam- aku tak tau pemahaman aku betul ke tak terhadap peribahasa ni..cuma setakat yang aku faham..ia bermaksud setiap keputusan hasil dari tindakan kita tu..ada kelebihannya sendiri..sebagai contoh, seorang pelajar yg mengambil peperiksaan...kalau die dpt A+ dalam periksa tu bagus utk die dan kalau pulak die tak lulus pun bagus gak sebab die akan berpeluang utk belajar dari kesilapan..

3. Ukurlah baju di badan sendiri- bermaksud kenalah tau setakat mana kemampuan diri..tak yah lah nak tunjuk pandai kalau tak pandai..buat penat badan je..

4. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat- ini penting ni..sbb kita tengok secara kasarnya keadaan masyarakat sekarang ni dah tak macam dulu..budaya dah banyak berubah..fitnah memfitnah..maki2..mencarut marut..dan pukul2..daripada buat benda tu semua aku rasa ada baiknya kita bermuafakat..tak rugi se sen pun!

5.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- ni sama gak maknanya dgn yg no 4 td..cuma peribahasa ni tumpunya lebih kepada pekerjaan yang manusia lakukan..
6.mneggenggam bara biarlah sampai jadi arang- maksudnya ialah kalau nak buat sesuatu tu buatlah dgn bersungguh2..penuh sabar dan buat sampai habis..jgn berhenti separuh jalan..

7.berakit2 ke hulu berenang2 di tepian..bersakit2 dulu..bersenang2 kemudian- jelas..kalau nak senang mestilah rasa susah dulu..baru boleh digelar orang yang hebat..

8.sediakan payung sebelum hujan- bersedialah utk segala kemungkinan sebab kita bukanlah boleh melihat masa depan..

semoga 8 peribahasa ni serba sedikit menjadi peringatan dan motivasi bagi aku terus menempuh hidup yang semakin hari semakin mencabar semakin bermakna..
aku kadang2 terasa seperti kalah..tp bila aku kembali semula pada kata2 peribahasa orang lama2 dulu..semangat aku terus melonjak dan aku terasa seperti nak melangkah sejauh jauhnya ....
!


KAK..signing out!

1 comment:

Mr. R said...

harapkan pagar pagar makan padi..
dah jatuh ditimpa tangga..
air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
gajah sama gajah gaduh pelanduk mati di tgh2!!!

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...