Blog Archive

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011: garapan aku~

Terus ke isi- isi penting yang aku fikir terkesan secara langsung mahupun tak langsung tentang bajet 2011 yang dibentang oleh YB PM semalam.





1.Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

Bermaksud kualiti pendidikan akan berubah selepas ini. Kerana tahap tenaga pengajar mahupun staff akedamik yang lain akan dipertingkatkan..ini adalah sesuatu yang baik untuk jangka masa panjang..
jadi saya tersenyum dengan perkembangan ini.

2.Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

ini dikira bagus kerana bagi pengguna termasuk aku..boleh terus melihat serta mengemaskini harga2 semasa barang2 keperluan harian.. supaya dapat mengelakkan membeli barang yang harganya terlebih dari yang sepatutnya.. walaupun nampak remeh je..setakat web site..atau portal je..namun..ia merupakan langkah pertama ke arah membentuk satu komuniti pengguna yang berkesedaran..cuma diharapkan portal ni selalu dikemaskini dan meliputi harga barang2an di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak~

3.Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit

ni yang paling dekat terkesan terhadap aku..secara bertulisnya..atau di atas kertas ..pengecualian cukai jualan mampu membuatkan harga telefon bimbit di pasaran menurun..namun..aku lebih berpendapat bahawa ianya tidak semudah itu..masih terdapat2 halangan2 tertentu serta kewujudan pasaran2 gelap telefon bimbit yang tidak terkesan langsung dari pengumuman penghapusan cukai jualan semua jenis telefon bimbit..walaubagaimanapun..sebagai seorang penggemar telefon bimbit macam aku..aku mengalu2kan dan berharap supaya para peniaga dapat menyelaraskan harga telefon bimbit supaya setimpal dgn pengecualian cukai tersebut..

4.Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

yg ni aku kurang menyambutnya secara baik..kerana walaupun niat kerajaan adalah untuk meningkatkan hasil mereka melalui peningkatan cukai..
ia akan membuatkan harga makanan di restoran makan segera naik sedikit..
ni yang aku kurang gemar..sebab..aku selalu makan di restoran makanan segera bersama teman wanitaku..nampaknya masanya telah tiba untuk mengubah lokasi makan2 ketika dating ~

5.Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar

Astro naik harga tak lepas ni..???
nampaknya ni pun kurang disenangi..kesian mak dan ayah nak kena bayar bil Astro~


itula serba sedikit ulasan dan garapan aku tentang bajet 2011..
namun masing2 mempunyai reaksi yang berbeza terhadap bajet tersebut kerana ia meliputi pelbagai aspek dan sektor2 industri..
bagi yang mendapat faedah..pastilah bajet ni dikatakan bagus..
begitu juga sebaliknya..
bagi aku yang paling penting sekarang ni ialah perlaksanaanya..
bentanglah bajet yang hebat macam mana sekalipun kalau perlaksanaanya tidak telus dan bermasaalah nescaya ia tidak akan membawa apa2 faedah kepada negara...

diharapkan bajet ni benar2 terlaksana seperti apa yang diimpikan..

KAK bersyukur tinggal di Malaysia~

4 comments:

Umbraxes said...

umbraxes

dude. money is money. i don't really care that much about the budget. but it would be nice if they'd reduce the tax rates for things like Gundams and Transformers, no? ;)

CRoCoDILe said...

leTs WaiT AnD sEE??
thE PriCE WiLl FaLL oR NoT??

Umbraxes said...

haha.. by the way, as a result of my excursion to Kuala Lumpur last weekend, i found that the prices of Gundams is much cheaper there. a shop called Time Capsule and another two that i fail to remember at the moment sell HG gundams at around RM60. in Melaka they cost about RM70. i didn't check the prices of the Transformers though...
Its in Berjaya Times Square. maybe when you go up you can give it a look.

K.A.K said...

Crocs: Yup..i think it will reduce the price a bit.. la..

Umbarxes: only action figures lovers like us will hope for the price of toys to reduce..hahahaha

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...