hari ini aku ingin menulis monolog yang berlaku dalam kepalaku sebentar tadi..
Khairul: mahukah kau berjaya?
aku: mestilah..siapa yang tak mahu berjaya..
Khairul: mahukah ko berjaya dan dihormati?
aku: mesti la..mengapa pula kau bertanya begitu?? bukankah orang yang berjaya itu sentiasa dihormati??
Khairul: tidak K.A.K ..tidak..bukan semua orang yang berjaya itu dihormati..
aku: mengapa begitu jadinya??mereka angkuh kah? mereka menipu kah? kalau dah begitu seharusnya mereka tidak dihormati walaupun mereka berjaya..!
Khairul: tidak..bukan itu maksudku..kau lebih baik dari itu..aku tahu sejauh mana diri kau..cuma satu yang mungkin bisa membuatkan orang hilang hormatnya pada kau..mahukah kau tau??
aku: kalau perkara itu membawa kebaikan pada ku...segeralah kau beritahu ku agar aku boleh bermuhasabah diriku yang selalu tersilap ini..
Khairul: mampukah kau berjaya tanpa bantuan??mampukah kau buktikan pada dunia..bahawa kejayaan yang kau perolehi ini memang selayak2 nya milik kau atas usaha kau sendiri??
Aku:. . . . . . . . . .
Khairul: Kenapa diam??? kau terfikir..selama ini senang kau datangnya dari pertolongan dan atas nama kau sebagai seorang Bumiputera...mampukah kau buktikan bahawa walaupun kau Bumiputra..
kau tetap sama hebatnya dgn rakyat Malaysia yang lain..Mampukah kau ubah paradigma pemikiran kau ? adakah kau setuju dengan kata2ku ini??
Aku: terima kasih. . . aku sedar kini...hidup dan perjalanan hidup aku mungkin tak sama dengan rakan2 yang lain di Malaysia..kerana aku seorang Bumiputra..yang serba serbi diberi bantuan oleh kerajaan..aku juga faham itu bukannya satu keistimewaan tetapi lebih kepada menyeimbangkan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini..aku juga sedar adil bukan bermakna semua orang dapat sama rata..tp adil ialah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya..
terima kasih Khairul..kerana menimbulkan persoalan ini dibenak pemikiranku petang ini..kini aku sedar betapa perlunya aku maju ..maju dengan selayaknya..biarlah mereka menghormati aku dgn Kejayaan yang setimpal dengan usahaku..walaupun aku menerima bantuan ..aku akan berusha utk maju sehingga satu hari nanti mereka berkata: biarlah die terima bantuan tu..die sememangnya layak menerimanya..dan dia telah buktikan dengan usahanya sendiri...
4 comments:
umbraxes
I'm proud that you are willing to look outside of the box, and not think that you have made something out of this world simply because of your birthrights. sadly, not everyone is willing to give up certain benefits merely because it is outside of their comfort zone...
And thank you for the reminder to me that i have many things to learn and catch up with as well. watch your back, because the only thing you'll see is me catching up. ;)
to Umbraxes:
we(u, me and all of our friends and family) will try our best to make Malaysia a better place to live in for the future..
:)
oi bro.....awat blog hang lately ni berat ja.....?? da nak raya ni......cerita la hepi2 sket.......
Az..
sori aku kadang2 berat sekt..maklumla..
makan banyakk..hahaha
Post a Comment