Blog Archive

Sunday, October 24, 2010

Pengorbanan Seorang Emak dan Ayah..


Klishe..
mungkin itu la die pendapat umum tentang topik ni..
secara amnya..rata2 manusia kat dunia ni mengiktiraf peranan dan tanggungjawab serta pengorbanan Emak dan Ayah..banyak orang akan setuju bahawa mereka banyak melakukan pengorbanan untuk membesarkan anak2 .. dari segi masa dan keringat, kesabaran mereka, kebahagiaan mereka, wang ringgit, serta pelbagai lagi semata2 untuk memastikan anak2 mereka menjadi manusia yang sempurna..

namun hari ini..aku masih ingin menulis lagi  perkara ini sebagai berkongsi peringatan buat diri aku dan semua yang mempunyai Emak dan Ayah..

Kepada Emak2 dan Ayah2 di seluruh dunia..

terima kasih kerana sudi bekorban apa sahaja demi membesarkan anak2 agar mereka menjadi manusia yang berguna..
terima kasih kerana sudi bersabar dengan karenah anak2 yang kadang kala mengguris hati dan perasaan kamu..
terima kasih kerana masih percaya pada anak2mu walaupun kadang2 mereka gagal berkali2 dalam percubaan menjadi manusia sempurna..
terima kasih kerana tidak lupa pendidikan moral serta agama yang kamu tekankan dalam diri anak2..
terima kasih kerana terus menjadi emak dan ayah kami2 semua..

jadi..

sebagai penghargaan kepada pengorbanan Emak dan Ayah, berikut adalah langkah2 yang kita boleh lakukan bagi menghargai Emak dan Ayah:

1. Dengar nasihat mereka

 tak susah kan untuk mendengar..?? kalau kita boleh luang masa untuk bergayut di telefon bimbit berjam2 bersama awek dan pakwe..apa salahnya jika meluangkan masa untuk Emak dan Ayah sekiranya mereka ingin bagi kita nasihat..walaupun mungkin nasihat mereka kedengarannya kasar dan tidak boleh diterima..diam dan senyumlah..sekurang2nya walaupun kita tak bersetuju dengan mereka..tp kita tidak pula menolak nasihat mereka..siapa tahu..mereka lebih lama hidup dari kita..mereka ada sebab untuk setiap nasihat mereka..

2. Mohon restu mereka

Dalam setiap tindakan yang kita nak buat..mohonlah restu Emak dan Ayah..mudah2an urusan kita akan lebih dipermudahkan dengan restu mereka.. lagipun kata orang2 tua.. "syurga anak  di bawah telapak kaki ibu" Mohonlah restu ketika hendak bekerja..mohonlah restu ketika ingin berjuang..dan mohonlah restu ketika ingin melakukan sesuatu yang penting dalam hidup..

3.Balas jasa mereka

Balas jasa Emak dan Ayah setakat yang mampu..dari segi kewangan..dari segi pendidikan..dapat kan keputusan yang bagus..buat mereka tersenyum..cuba tolong memudahkan hidup mereka..

4. Jaga maruah mereka

kadang2 kita terasa seperti ingin mencuba sesuatu yang baru..hasilnya kita akan berubah dari segi personaliti dan penampilan serta pergaulan..sedar ataupun tidak..nama Emak dan Ayah tetap akan dibawa bersama kita..walaupun kita sudah jauh berbeza..dari segi personaliti, penampilan dan pergaulan..Kalau baik kita ..maka baiklah nama Emak dan Ayah..kalau buruk perangai kita ..maka busuklah nama orang tua kita..ingatlah jagalah nama baik mereka sebagai tanda mengenang budi dan pengorbanan Emak dan Ayah..jauhilah perkara2 jahil yang membusukkan nama orang tua kita...
 
5. Contohi mereka

akhir sekali sebagai tanda kita menghargai pengorbanan mereka..marilah kita contohi cara mereka mendidik anak2 ..lihat bagaimana mak dan ayah mengatur strategi mereka mendidik kita agar kita faham rentak serta cara untuk bermain di dunia yang penuh liku ini..

Ada banyak lagi cara yang boleh kita pikirkan untuk memberitahu kepada Emak dan Ayah betapa kita juga menghargai mereka sepertimana mereka menghargai kita..belajarlah berterima kasih dan menerima Emak dan Ayah kita seadanya ..
semoga satu hari nanti aku akan memiliki ketabahan Emak dan Ketegasan ayah dalam menjadi
Pengasuh dan pendidik kepada anak2..

KAK ingin lakukan yang terbaik untuk Emak dan Ayahnya..anda???




4 comments:

aliya mansor said...

bab contohi tu aku x leh...sebab corak pemikiran aku lain..keinginan aku dalam hidup berbeza...tapi untuk menghormati tu...mmg wajib r..dgr ckp pown...cuma maybe bukan semua...sbb kdg2 kita kena ada prinsip kita

K.A.K said...

alia: ye la tu kot..kalau ada2 part2 kat Emak Ayah kita yang boleh kita perbaiki kita cuba lah perbaiki..yang baik kita contohi..contohnya..kalau dulu mak ayah tak ajar kita guna internet..dan teknologi bagai..
maka kita ubah supaya nnt bila kita jadi Mak dan Ayah..kita masukkan elemen teknologi dalam parenting kita..

Umbraxes said...

yes, i hope that i have done my best for them. i only have one set of parents in this world, and i cherish them like heck.
Here's to the people who brought us up into this world through tears and sweat and blood.

K.A.K said...

umbraxes.. be the best in what u want to be..that is the best way to make them proud of you..but remember..try not to be the bad guy will ya???heeeee

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...