Blog Archive

Wednesday, January 4, 2012

30 perkara lebih baik dari menyertai demo 9 Januari nanti.

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera, Selamat Tahun Baru, Salam 1Malaysia




Sebelum ni saya ada menulis 30 perkara lebih baik dari berdemo Bersih 2.0  di sini , maka hari saya nak sertakan kembali 30 perkara lebih baik dari menyertai demonstrasi pada 9 Januari nanti..
Tapi sebelum tu ada baiknya saya bagi link2 yang berkaitan tentang demonstrasi apa yang akan berlaku 9 jan nanti.. anda bleh klik sini, sini, sini dan sini , dan bawah ni adalah senarai 50 perkara lebih baik dari berhimpun 9 januari nanti :

1. Beribadat kepada Allah

2. Pergi ke sekolah menuntut ilmu, bagi para pelajar dan murid2 



3. Kepada yang tidak bekerja 9 Januari ni.. ini masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan2..

4. Kalau cuti pada hari tersebut, tengok wayang pun lagi baik, klik sini untuk jadual tayangan GSC untuk tarikh tersebut.. sekurang2nya dapat beriadah, merehatkan badan dan berhibur



5. Pergi kerja mencari rezeki dan berkhidmat untuk syarikat - bagus untuk produktiviti negara dan juga diri (mendatangkan hasil, untuk pelanggan dan diri sendiri)

6. Melawat ibu di kampung- eratkan hubungan kekeluargaan


7. Mengemas rumah, longkang2 yang dah lama tak dibersihkan, buang air2 yang bertakung utk cegah denggi


8. Senam aerobik atau berpoco2..untuk stamina dan kesihatan


9. Sekarang ni musim peperiksaan, musim study week untuk pelajar2 universiti, lagi baik kalau digunakan peluang ini untuk bersedia untuk peperiksaan akhir semester - baik utk tingkatkan CGPA


10. Melayari internet, Facebook, Twitter, atau mana2 laman- laman internet yang berfaedah kepada diri sendiri - bersosial, beriadah dan santai - bagus utk kesihatan mental


11. Berpuasa- Kita disunatkan berpuasa pada hari Isnin, di samping itu berpuasa mampu melatih diri kita utk bersabar.


12. Bermuhasabah diri, bersendirian dan mengukur diri sendiri- bagus utk merancang masa depan, lebih- lebih lagi pada tahun baru 2012, sudahkah kita berpuashati dengan pencapaian diri kita setakat ini?? apakah kekurangan dan kelemahan yang perlu diatasi??


13. Berblog- mampu meluahkan idea2 bernas, mahupun platform luahkan apa yang terbuku di hati, contohnya seperti posting kali ni yang sememangnya sekadar memberikan pandangan alternatif yang aku rasa lebih bermanfaat dibuat berbanding berdemonstrasi 9 jan nanti..


14. Online forum- berkongsi2 pendapat, berhujah secara maya di forum2 hebat, ada banyak forum yang menyentuh banyak topik seperti teknologi, sukan, seni, dan macam2 lagi..


15. Lunch di tempat menarik - Memandangkan Isnin ni mungkin hari bekerja bagi kebanyakan orang lagi baik gunakan masa tu untuk pergi lunch kat tempat menarik..sekali sekala gunakan Isnin 9 januari ni pi makan sedap2 .. lagi berfaedah dari berdemo..



16. Pergi masjid- mengimarahkan masjid, solat berjemaah, dan beribadat lebih baik dari berdemo

17. Tak nak pergi wayang?? takpe lepak kat umah layan movies dengan sape yang ada di rumah..


18. Meluangkan masa bersama adik2 remaja di rumah..kadang2 mereka perlukan nasihat seorang abang or kakak.. jemput mereka pulang dari sekolah.. tolong mereka dengan kerja sekolah..rapatkan hubungan kekeluargaan..


19. Memasak di dapur- adalah lebih baik memasak di rumah-mencuba resepi baru mahupun masak dengan penuh kasih dan sayang untuk kawan2 serumah, ahli keluarga atau diri sendiri..Inilah masanya untuk mencuba resepi baru..


20. Membeli belah- gunakan masa ini untuk membeli belah adalah lebih baik daripada berdemo sebab kita mampu untuk mencukupkan perkakas2 rumah yang dah kehabisan stok


21. Bermain permainan video- seronok juga..sekarang dah ada macam2.. ada PSP, Playstation dan X box serta konsol2 lain2..Henfon pun ada permainan video yang best2.. so boleh relakskan hati yang sunyi..


22. Bersukan- macam2 sukan boleh dibuat pada Isnin,  futsal, badminton dan sepak takraw..seronok tau..


23. Melayan hobi masing2, adalah lebih baik, ada macam2 hobi, pastinya mampu memberi nilai tambah kepada hobi kita setiap masa kita luangkan untuk hobi kita sendiri..


24. Basuh kereta yang dah berhabuk


25. Pergi melawat umah saudara mara


26. Menolong ibu dan ayah di rumah


27. Mengecat bilik, mengemaskini susun atur dalam rumah


28. Melawat di tempat2 menarik yang berdekatan..kadangkala waktu cuti tempat perlancongan selalu sibuk tapi kalau isnin hari bekerja..kita dapat melawat tempat2 tu tanpa kesesakan dan keserabutan


29. Membuat kerja amal, memberi kepada yang memerlukan, bersedekah 

30. Membetulkan diri sendiri.

No comments:

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...