Blog Archive

Monday, November 28, 2011

Emosi.




Sudah. Aku dah tak tahan. Boleh tak ko cuba faham aku?????? aku cakap aku akan kahwin dengan ko bila tiba masa yang sesuai dan bila aku dah cukup serba serbi dari pelbagai sudut. Ko faham tak ?? maksud pelbagai sudut tu macam mana??? maksudnya bila aku dah stabil dari segi kerjaya, dah ada sumber kewangan yang kukuh, bila aku dah bersedia nak jadi ketua keluarga: maksudnya aku dah cukup ilmu agama, ilmu psikologi rumah tangga, ilmu mengurus diri dan isteri, ilmu nak buat anak, ilmu nak jaga anak, ilmu keselamatan rumah tangga dan macam2 lagi. Okay. Mungkin ko bleh cakap itu semua hanyalah alasan. Terpulang pada ko apa ko nak fikir. 

Sudah. Aku pun dah tak tahan. Balik2 nak suruh aku faham dia. Sampai bila aku nak menunggu?? Umur makin meningkat dari hari ke hari, bukan jadi lagi muda.. Orang sekeliling sorang2 dah mula mendirikan rumah tangga. Sepupu sepapat, rakan sebaya semuanya sorang demi sorang menghabiskan zaman2 menjadi anak dara. Aku??? macam menunggu apa?? tak habis2 belum bersedia lagi. Kalau dia betul2 nak kan aku, sepatutnya dia lebih bersungguh2..berusaha... tunjukkan usaha tu.. Nak bersedia dari pelbagai sudut??? merepek!! Kursus kahwin akan ajar semua tu. Mungkin aku boleh setuju dari segi kewangan dia masih lemah, tapi soalan aku, sampai bila??????? sampai bila harus kau buat aku menunggu?? aku tak sanggup untuk terus dibiar tertunggu2.. hmmm...sudahlah jangan sampai aku sudah bosan untuk terus menunggu.....

Iyer. Itu saja permintaan aku. Mungkin aku bukan lelaki kaki sembang yang pandai menyembang2 mengenai pelbagai tentang. Aku seorang yang optimis dan realis. Aku percaya kepda kemampuan aku, namun aku berpijak kepada realiti semasa. Keadaan sekarang masih lagi samar2 untuk membenarkan kita berkeluarga...mungkin setahun dua lagi... Mungkin Tuhan sedang mendengar keluhan aku. Semoga si dia bersabar.. dan terus setia menanti..Harapan aku setinggi kasih sayang ku pada dia... Tenanglah wahai ko di sana dengan setia menanti...

Hmmm.. terpulanglah.. Mungkin aku harus terus menunggu... dan Yakin pada yang tidak terlihat.. sabar dan terus tawakkal... Doa ku hanyalah supaya kau terus kuat dan aku terus bersabar dengan semua ini.

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...