Categories/ Kategori :
Blog Archive
Friday, July 1, 2011
30 perkara lebih baik dari berdemo Sabtu nanti.
1. Beribadat kepada Allah
2. Ulangkaji pelajaran bagi para pelajar
3. Meluangkan masa bersama keluarga atau rakan2..
4. Menonton Transformers Dark of The Moon bersama yang tersayang
5. Bekerja di luar waktu kerja- bagus untuk negara dan juga diri
6. Melawat ibu di kampung- eratkan hubungan kekeluargaan
7. Mengemas rumah, longkang2 yang dah lama tak dibersihkan, buang air2 yang bertakung utk cegah denggi
8. Senam aerobik atau berpoco2..untuk stamina dan kesihatan
9. Siapkan assignment yang tertangguh untuk pelajar2 universiti- baik utk tingkatkan CGPA
10. Melayari internet, Facebook, Twitter- bersosial, beriadah dan santai - bagus utk kesihatan mental
11. Berpuasa- nelatih diri kita utk bersabar.
12. Bermuhasabah diri, bersendirian dan mengukur diri sendiri- bagus utk merancang masa depan
13. Berblog- mampu meluahkan idea2 bernas, mahupun platform luahkan apa yang terbuku di hati..
14. Online forum- berkongsi2 pendapat, berhujah secara maya di forum2 hebat
15. Pergi pasar malam- Hari Sabtu banyak tempat pasar malam- boleh berbelanja makan2
16. Pergi masjid- mengimarahkan masjid, solat berjemaah, dan beribadat lebih baik dari berdemo
17. Tak nak pergi wayang? layan movies di rumah bersama adik beradik
18. Meluangkan masa bersama adik2 remaja di rumah..kadang2 mereka perlukan nasihat seorang abang or kakak
19. Memasak di dapur- adalah lebih baik memasak di rumah-mencuba resepi baru mahupun masak dengan penuh kasih dan sayang untuk kawan2 serumah, ahli keluarga atau diri sendiri..
20. Membeli belah- maklumlah kadang2 kita kerja ataupun sibuk dari Isnin sampai Jumaat, gunakan Sabtu utk membeli belah apa2 yang patut.
21. Bermain permainan video- seronok juga..sekarang dah ada macam2.. ada PSP, Playstation dan X box serta konsol2 lain2..Henfon pun ada permainan video yang best2.. so boleh relakskan hati yang sunyi..
22. Bersukan- macam2 sukan boleh dibuat di pagi hari Sabtu, futsal, badminton dan sepak takraw..seronok tau..
23. Melayan hobi masing2
24. Basuh kereta yang dah berhabuk
25. Pergi kenduri umah saudara mara
26. Menolong ibu dan ayah di rumah
27. Berkhelah
28. Bercuti di tempat2 menarik di Malaysia..
29. Membuat kerja amal
30. Membetulkan diri sendiri.
Labels:
Opinions.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku suke nombor 30 tu..hahaha
tulah..aku pun suka no 30 tuh..hahahahah asyik cari salah orang..diri ko tu betul sangat ke? hehehe
Post a Comment