Aku anak jati negeri Melaka.. aku dilahirkan di sini..kedua emak dan ayah ku orang Melaka...aku membesar di Melaka..Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma hinggalah ke ijazah sarjana muda pun aku kat Melaka..betapa kuatnya ikatan antara aku dan Melaka..
Eh, kejap...aku pernah keluar dari Melaka, menjelajah ke negeri orang, rasanya di semenanjung ni negeri Perlis je yang tak pergi lagi, Sabah dan Sarawak pun belum lagi..kalau luar negara aku pernah sampai ke Brunei dan menimba ilmu serta pengalaman di sana...
Namun apa yang membuatkan aku selesa dengan Melaka? Di bawah ni aku cuba senaraikan sebab musabab mengapa aku selesa dengan Melaka.. andai diberi peluang untuk berumah dan bertangga serta bermastautin di Melaka aku takkan menolaknya..namun kalau takdir tuhan nak beri rezeki aku kat tempat lain..aku terima dengan hati yang sangat berat..namun aku akan terima jua..Dah..berikut adalah sebab kenapa aku dan Melaka.....
1. Saiz negeri yang secara amnya tak besar.. mudah bagi kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di Melaka..cuma akhir2 ni..trafik mula sesak..tapi masih lagi di tahap yang memuaskan ..tak macam KL..yang sibuk sepanjang masa..Paling lama pun dari satu tempat ke tempat lain di Melaka ialah sejam atau sejam lebih sikit...dekat beb!!
2.Kos hidup secara bandingan masih lagi rendah..ramai kawan2 dari negeri lain cakap Melaka harga barang boleh tahan rendah..
3. Banyak tempat menarik.. cakap je nak apa? nak pergi zoo ada..nak pergi taman bunga ada..nak naik kapal ada..nak naik menara tinjau ada..nak makan ikan bakar ada..nak melawat tempat peninggalan sejarah ada.. shopping ada..hypermarket pun ada.. universiti ada...taman mini Malaysia ada... Wayang banyak pilihan tempat.. nak makan buah2an tempatan pun ada ...pendek kata..kalau nak bercuti ..dan relaks2..tak yah pergi jauh2..semua ada di Melaka..
4. Orangnya cepat mesra.. Mungkin ini pandangan subjektif yang berbentuk cita rasa..kebanyakan orang berpersepsi bahawa orang Melaka kasar dalam pertuturan mereka..namun hakikat yang sebenarnya ialah itu adalah lambang kemesraan mereka ketika bergaul..Bergaullah dengan mereka tanpa prasangka pasti anda tertarik dengan orang Melaka..
5. Komposisi penduduk majmuk yang seimbang .. Kat Melaka semua kaum ada secara seimbang..ia menambahkan lagi kemeriahan serta kepelbagaian di negeri ini.. Jonker Walk adalah tempat yang sangat menarik..ianya simbolik kepada tempat tarikan untuk masayarakat Cina dan lain2 ..begitu juga Little India kat Jalan Bendahara Melaka memang memberikan pilihan pada para rakyat Melaka..pernah sekali aku buat pameran South Asia..dan di situlah sumber kami cari bahan2 untuk dibuat pameran..
6. Makan2.. Melaka kaya dengan pelbagai lokasi makan2 yang ekslusif mahupun yang berpatutan..tak caya..saya cuba petik beberapa tempat yang popular untuk makan2 kat Melaka..Asam Pedas Kota Laksamana..Asam Pedas Power kat selekoh Bukit Cina.. Medan Ikan Bakar Serkam, Pernu, Anjung Batu dan sekitar itu,Seri Percik kat area Malim, Port Supai kat Kuala Linggi, Fast food jangan cakap la..memang ada..Oblong Burger station kat Kampung Lapan..Tomyam Klasik dan ada baaaaaaaaaanyaaaaakk lagi kedai2 makan seumpama itu..tak lupa gak kat area2 Melaka Raya ada banyak kedai masakan baba nyonya, mexico dan makanan2 barat..
7. Sejarahnya yang tersendiri..Melaka ada dalam silibus pendidikan sejarah kita..Melaka lambang keunggulan dan Melaka juga lah ingatan kepada jatuhnya sebuah empayar yang gah dek kerana gila kuasa..So serba sedikit ia terkesan pada aku menyebabkan aku bernostalgia dengan negeri tempat lahir aku ni..
8. Durian, Mangga, Kuini, Rambutan dan Bachang.. Serius...kalau tiba musim memang berlambak..sampai tak termakan..
Okay..walaupun ada banyak lagi tapi aku tak punya masa yang cukup nak tulis kenapa aku suka Melaka..walau bagaimana pun aku tetap sayang semua negeri kat Malaysia ni sama ada yang aku dah pergi atau pun belum lagi..
KAK berharap dapat melawat semua negeri di Malaysia satu hari nanti..
No comments:
Post a Comment