Blog Archive

Friday, April 1, 2011

Zaman apa ini?

Zaman ini zaman maju ke depan..
tak sama zaman 50- 60 tahun lalu..
manusia semakin gila..
kalau dahulu kasih sayang, jati diri, prinsip hidup..
amanah, jujur, ikhlas dan setiakawan semuanya ada..
semuanya begitu dijaga sekali..
zaman sekarang..
tiada nilai..seperti sampah..
rasuah itu makanan... penipuan itu minuman..
zaman apakah ini?
Zaman ini..
manusia berlumba2 menonjolkan diri mereka..
masing2 mahu ke depan..mahu dilihat sebagai hero..
mahu dilihat sebagai orang hebat..
mahu mendapat tempat di mata masyarakat..
Zaman ini..
orang yang jahat berlawan2 nak jadi yang paling jahat..
yang baik pula begitu juga.. nak tunjukkan merekalah yang terpaling baik..
tiada lagi yang betul kerana betul..
sebab..yang salah pun dah betul sekarang..
yang baik pun orang kata jahat..
yang jahat itu mengganti yang baik..
Zaman sekarang..
manusia bermain2 dengan takbur, dengan sombong dan angkuh..
merekalah raja segala harta, merekalah bangsawan di lapisan paling atas, merekalah semulia- mulia manusia..merekalah sebetul2 fikiran.. merekalah serba sempurna..
berbangga dengan kebaikan yang dilakukan..
hilangnya keihklasan dalam kebaikan..
Zaman sekarang..
di manakah lelaki sederhana yang ikhlas..?
di manakah wanita  sederhana yang sopan dan santun?
di manakah kesederhanaan dan sifat rendah diri?
di manakah perginya semua ini?
zaman apakah ini??

No comments:

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...