Blog Archive

Sunday, April 10, 2011

Hari Yang Penuh

Assalamualaikum..
Salam 1 MALAYSIA, 
Salam Sejahtera~

Ada hari2 dalam hidup kita akan kita lalui dengan sibuk dan ada hari2 yang kita lalui dengan santai..
Jadi di kesempatan ini biarlah aku berceloteh sikit tentang perjalanan aktiviti aku pada hari ini, Sabtu 9 April 2011.

8.00 AM - 11.00 AM Mengemas ruang untuk meneruskan hidup atau nama lain nya bilik aku..semak dan samun..lalu aku tak tahan dan mengambil keputusan untuk mengemasnya pada hari ni.. Tahniah K.A.K, hari ini anda berjaya membuat pembaharuan dalam hidup anda harap anda tidak perlu tunggu 3 bulan lagi untuk mengemas bilik tidur sendiri.

11.00 AM - 12 PM Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang merangkap seorang pemandu kereta untuk adik ku dan juga rakan2nya dengan menghantar mereka ke sekolah. Sebenarnya hari ini ada kelas ganti, dan sebenarnya juga adik aku ponteng, jadi hari ini aku cuma hantar kawan2 dia sahaja.

12.00 PM- 2PM Berada di Mahkota Parade untuk meneman kawan bayar bil telefon bimbitnya serta mencari hadiah untuk diberikan kepada Ibu angkat yang tinggal di Kampung Seri Mendapat, Jasin. Pada waktu ini perut telah mula bergendang dan aku mengambil keputusan untuk membeli lemonade juice bagi menghilangkan dahaga..ahhh..sedapnya sehingga sekarang masih terasa..

2PM- 4.30 PM Berangkat ke Kampung Seri Mendapat untuk melawat Ibu angkat kami di situ. Separuh waktu yang lalu kami telah buat program di tempat mereka, hasil dari program itu kami telah dikurniakan sebuah keluarga angkat yang sangat baik dan peramah sekali. Jadi lawatan tadi adalah bagi menghantar hadiah sebagai tanda kenang2an di antara kami dan keluarga angkat di Kampung Seri Mendapat.
Keluarga Angkat

4.30PM- 7.30 PM Balik dari Jasin, saya terus berangkat ke MITC Melaka, kerana ada PC Expo di situ, di mana acara berkala yang memberi peluang penjual barangan ICT dan pembeli untuk berjual beli dengan harga yang berpatutan dan di tempat yang terkumpul. Jual komputer dan macam jual ayam goreng di pasar malam Bachang..berlambak dan melambak.. Saya cuma menjengok, kot- kot kalau ada yang berkenan..sebenarnya masih lagi mengintai External Hard disk untuk menyimpan data2 digital yang semakin bertambah dari hari ke hari..oh,yea.. saya ditemani oleh Mohd Azrol Nizam kawan semasa di sekolah menengah dulu..
Azrol tengah khusuk di PC Expo

7.30PM - 8.30 PM Sampai je ke rumah, aku bergegas ke rumah Datuk Saudara ku, untuk menghadiri majlis kenduri dan bacaan Yaasin bersama masyarakat setempat.. Maklumlah dalam sibuk mengejar masa untuk diri sendiri, keluarga angkat dan rakan2..keluarga jangan sekali- kali dilupakan..

8.30PM - 2.30AM Masak jagung untuk dibawa ke rumah Wan Mohd Iqbal dan Ervin , yang juga merupakan anggota kumpulan bagi tugasan Universiti Teknologi MARA. Ye.. saya menghabiskan masa di rumahnya bagi menyiapkan tugasan bagi subjek 'Perundingan' Kami berceloteh, bergurau dan bekerja selang menyelang sehingga kerja berjaya disiapkan..

Ervin dan Iqbal yang KACAK
2.30 AM..aku di depan komputer ku menulis semula perjalanan hari ini dengan keadaan mata yang sangat mengantuk di sulami dengan hati yang berdebar2 kerana esok ada ujian subjek 'pembangunan personel' yang masih belum ku khatam kan..apa pun tak boleh!!!

K.A.K mengucapkan selamat malam sayang~



4 comments:

Anonymous said...

perh..gamba gua ada siot dlm blog kau.. terasa seperti disanjung.. o'twk

K.A.K said...

hahaha..jutaan terima kasih O'twk kerana sudi melawat blog gue yang simple nih..hahaha

:) love~

azrol said...

wahh baju oren nampak menyerlah.... hhahahahahaha

K.A.K said...

hahahah..sangat2 menyerlah okay..hahaaha
thanks for the day my friend!

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...