1. Bermatlamat hidup- sentiasa memikirkan ke mana arah tuju diri sendiri. Sedar tentang pentingnya memiliki sasaran peribadi. Bermaksud sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk menuju ke sasaran tersebut.
2. Menggunakan sepenuhnya sumber2 yang ada untuk mencapai matlamat hidup. Sumber yang paling penting dalam diri seorang manusia ialah kesihatan dan masa. Gunakanlah kesihatan semasa ada, dan masa 24 jam sehari untuk perkara- perkara yang boleh membantu diri mencapai matlamat hidup.
3.Belajar menghormati diri sendiri dan orang lain. Orang yang berjaya sentiasa mengukur kemampuan dan kemajuan diri sendiri. Sekiranya berlaku kelemahan , kesilapan dan kekurangan dalam pekerjaan sehari- harian, tiada salah kalau kita tidak mencari salah orang lain. Sebaliknya carilah salah sendiri dahulu. Sekiranya ada berusahalah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut.
4.Mengakui ketidaksempurnaan diri dan melakukan pembaharuan dalam hidup. Kalau sebelum ini kita selalu dimarahi kerana perkara- perkara yang tak sepatutnya, lakukanlah pembaharuan dalam diri sendiri sehingga orang menyukai kita.
5. Berkawanlah, bermainlah dan lakukan perkara yang anda minat, tapi lakukanlah semua itu dengan orang yang betul, tempat yang betul dan masa yang sesuai. Sekiranya anda ialah seorang pelajar gunakanlah hari- hari biasa untuk belajar dan hujung minggu untuk bermain2 dan sebagainya..bukan bermain2 di setiap hari.
6. Pengurusan masa yang betul. Pastikan anda berfikiran ke hadapan. Sentiasa merancang apa yang harus dilakukan pada tempoh waktu akan datang pada waktu sebelum nya berlaku. Pastikan kita tidak terlambat dan tidak pula terlepas jadual2 penting dalam hidup.
7.Ingat ALLAH. Satu perkara yang umat Islam sekarang selalu lupa ialah mengingati Allah. Insan yang berjaya sentiasa mengaku bahawa setiap satu kejadian adalah ketentuan Allah. Lakukan sembahyang atau cuba melakukannya seberapa banyak yang boleh.
8. Bertanya, minta tolong dan berbudi bahasa. Biasanya ciri- ciri ini boleh melahirkan insan yang cemerlang di sisi masyarakat dan Agama Islam. Tanya jika tak tahu, minta tolong sekiranya tidak mampu melakukan sendirian dan berbudi bahasa ketika berbicara.
9. Hormat orang Tua. Ibu Bapa tidak akan berada di dunia selama2nya. Hargai mereka dengan berusaha menjadi insan yang berjaya.
10. Bermuhasabah diri. lakukan muhasabah setiap masa supaya kita sentiasa sedar diri dan tidak lupa daratan.
KAK
No comments:
Post a Comment