Blog Archive

Thursday, December 16, 2010

Teknologi komunikasi baru?Apa yang kurang??

Letters 2
Surat lagi bagus dari SMS???
         Dari dulu sampai sekarang, banyak perkara telah berubah. Pendek kata zaman telah berubah. Dengan perkembangan teknologi, cara hidup, persepsi, dan nilai2 yang manusia pegang selama ini mula berubah. Namun, kali ini saya cuma ingin menumpukan pendapat dan pandangan saya tentang bagaimana dan apa yang berubah selari dengan perkembangan  teknologi komunikasi.

Letters 1
Bilakah kali terakhir anda menulis surat kepada rakan anda?

Komunikasi:

Kominikasi merupakan satu cara untuk bertukar- tukar informasi secara satu atau dua hala yang
 berlaku setiap hari. Manusia berkomunikasi kerana banyak sebab seperti untuk pembelajaran, bayar hutang, membeli belah, berkasih sayang dan bergaduh. Semuanya melibatkan komunikasi.

Berubah:

Namun dengan perkembangan teknologi, cara manusia berkomunikasi juga berubah. Kalau dulu medium untuk berkomunikasi antara manusia yang berjauhan dari segi lokasi ialah dengan surat menyurat, namun sekarang segalanya telah dipermudahkan dengan perkembangan teknologi baru seperti SMS, MMS dan lain-lain. Kalau dulu manusia bergantung sepenuhnya dengan talian tetap untuk mendengar suara rakan yang jauh, sekarang setiap individu memiliki telefon bimbit yang dilengkapi dengan serba serbi teknologi terkini. Namakan saja apa?? twitter?? facebook ?? flicker?? Blogger?? semuanya kini di hujung jari.

Kesannya:

Yang bagusnya selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi ialah manusia boleh berkomunikasi dengan pantas dan mudah. Apa yang mereka perlukan ialah medium seperti telefon bimbit dan sambungan internet atau data panggilan. Semestinya kepantasan pertukaran maklumat sangatlah laju jika dibandingkan dengan teknologi komunikasi zaman dahulu (surat menyurat sebagai contoh) .  Bagi aktiviti seperti perniagaan dan pendidikan, dengan perkembangan teknologi komunikasi baru ini, segala aktiviti perniagaan dan pendidikan boleh berjalan dengan pantas tanpa masalah.

Namun di sebalik semua itu, kepantasan komunikasi hari ini telah menyebabkan hilangnya nilai- nilai sentimental dan penghargaan terhadap individu. Selaras dengan kepantasan SMS dihantar..sepantas itu jugalah nilai- nilai yang terdapat pada SMS itu dilupakan. Sebagai contoh jika dahulu seorang kekasih ingin menyampaikan isi hatinya kepada yang dicintai, dia akan berusaha bersungguh- sungguh untuk menulis sebuah surat cinta dengan seikhlas, secantik, serta meletakkan nyawa pada surat itu. Senang cerita, sang pencinta itu seboleh- bolehnya akan cuba buat supaya seolah- olah surat itu adalah wakil kepada dirinya. Hal ini berlaku kerana pada waktu dulu- dulu kala (tak lama pun..dalam 30-40 tahun dulu je) surat menjadi elemen yang penting dalam alam percintaan. Jadi nilai- nilai kasih sayang sangat kuat dalam diri orang zaman dahulu berbanding sekarang. Kalau surat, ianya boleh disimpan, personaliti si penulis dapat dilihat bersama dengan gaya penulisan dan tulisannya yang tersendiri..apatah lagi ianya mengambil masa sebelum ia betul- betul sampai kepada si penerimanya. Tidakkah itu menjadikan surat lebih bermana berbanding dengan SMS mahupun MMS??

Cuba bayangkan situasi yang sama tetapi kali ini ditukarkan surat itu kepada SMS atau MMS. SMS cirinya ialah mudah, murah, cepat dan boleh dipadam dengan begitu mudah sekali. Jadi, di mana letaknya nilai sentimental pada SMS?? orang veteran kita dulu sangat menghargai kekasih mereka, manakan tidak, nak minta gambar kena antar 3- 4 keping surat baru dapat. Kalau sekeping surat mengambil masa 3 hari untuk sampai?? berapa lama yang dia perlu tunggu semata- mata untuk dapatkan sekeping gambar??? Sekarang?? senang saja..SMS minta 'facebook name' dan terus macam- macam gambar keluar. Perkara ini saya fikir secara peribadinya, sangat tidak bagus keran ia bukan sahaja menghakis nilai penghargaan terhadap individu malah ia seolah- olah menjatuhkan nilai kualiti pada individu- individu itu sendiri. Bukankah seitap manusia dicipta dengan perbezaan individu?? Kalau semuanya mudah di akses, maka kita tidak banyak bezanya dengan rakan- rakan yang mengamalkan cara hidup yang sama.

Sebagai kesimpulannya, saya KAK memanggil sesiapa saja yang membaca tulisan ini untuk sama- sama memupuk nilai - nilai penghargaan pada individu, kasih sayang dan sentimental selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi yang baru ini. Perkara ini saya berpesan juga kepada diri saya sendiri. Hargailah orang yang tersayang. Mungkin kita boleh luangkan masa untuk menulis surat sekali sekala pada orang yang tersayang atau setidak- tidaknya menulis sms seperti menulis surat kepada yang tersayang. Pastinya perubahan akan berlaku.

Letters 3
Mari kita menulis surat jom!!

KAK rindu zaman surat- menyurat dulu.  :D

No comments:

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...