Ada dua rasa sedang bermain dalam benak pemikiranku..
Dua- duanya bermula dari huruf 'R'..
satu rasa yang positif..
satu pula dari kategori negatif..
alang2 rasa itu masih dalam kepala aku malam ni..
aku rasa ada baiknya aku rencanakan dalam penulisan kali ini..
'R' yang pertama Rindu..
Rindu itu bagi aku sesuatu yang positif..selalunya kita akan rindu pada masa, orang mahupun benda..atau haiwan..
tp malam nih otak aku bermain2 rindukan orang2 yang aku sayang..yang ada dan yang telah tiada..
pertama rindu aku pada Arwah Ayah ku..Khalid bin Abu Samah
seorang ayah yang sangat baik dan memiliki kualiti tersendiri..
sampai sekarangpun takde orang boleh membentuk cara aku melihat dunia melainkan ayahku..
seterusnya mesti lah teman wanita ku yang juga blogger Bunga Seri ..aku sudah lama tidak berjumpa dengan dia..apa khabar dia di sana agaknya..semoga dia tahu ..di sini kat Melaka ni ada orang sedang rindu pada dia.. hushhhhhhh...
R yang kedua ialah Risau
Semua orang mesti akan risaukan sesuatu..pada waktu2 tertentu..
sekarang ni aku dalam proses penantian keputusan peperiksaan ku untuk semester 4 ijazah sarjana muda Perniagaan Antarabangsa dengan kepujian.. risaukan kalau2 apa yang diusahakan tidak mencapai sasaran..risau kalau2 prestasi semakin merosot..
Kenapa risau?? sudah tentu aku kurang bersedia..jadi mulalah kerisauan itu..
Oleh itu sekarang ni aku cuma mampu berdoa, bertawakkal serta bermuhasabah diri semoga di masa2 depan perkara yang seperti ini aku tak buat lagi..
Jadi bila 2 rasa bercampur Risau dan Rindu..apakah hasilnya???
biarlah ia menjadi pendapat masing2..
Namun bagiku tanpa Rindu..kita tak akan Risau pada yang tersayang..
Sebenarnya mungkin aku rindu pada keputusan yang bagus menyebabkan aku risau mengenainya..
KAK menulis dalam melayan Rindu dan Risau~
1 comment:
rindu dan risau lumrah kehidupan....kt sbg manusia biasa tidk lari dari mghadapi situasi tersebut...:)
Post a Comment