Ramai peniaga dan pembeli berkumpul di PC expo. |
![]() |
PC expo perlu diadakan dengan lebih kerap. |
Sangat seronok sekali..itulah perasaan saya selepas pulang dari keluar bersama teman wanita ke PC expo dan menonton Tron: Legacy..
Pc expo yang diadakan di MITC sangat meriah sekali. Banyak syarikat terlibat dan macam2 gajet2 dijual..komputer, kamera, usb hub, projektor, speaker, external hard disk dan banyak lagi..sampai mata jadi pening untuk memilih..
Kat situlah saya dan teman wanita akhirnya membeli sebuah netbook dan cooling fan..yang menjadi kejutan ialah kami dapat percuma sebuah printer jenama hp..heheh sangat bagus sekali..harga pun berpatutan..Tak hilang lagi kejutan barang percuma, sekali lagi kami dikejutkan dengan cabutan bertuah di mana kami mengambil bahagian..keputusan cabuutan bertuah akan diketahui malam esok..mudah- mudahan kami akan bernasib baik..
Tak lama selepas tu..kami meronda2..dan akhirnya ke pawagam wayang untuk menonton Tron Legacy.. Satu perkataan yang boleh saya gambarkan ialah puas setelah lama menunggu..akhirnya berbaloi juga penantian itu..cerita Tron kali ini sangat terkedepan berbanding filem Tron terdahulu.. Yang paling best..Nokia N8 beberapa kali keluar sebagai gajet undangan..Sam Flynn..watak utama cerita tu menggunakan N8 beberapa kali ketika dia nak menceroboh masuk Encom.. Dan ketika penamat cerita tersebut semasa Sam sedang memuat turun data dari komputer di ofis bapanya..Nak tahu apa yang saya ceritakan ni??? silalah tengok Tron Legacy.
Keseluruhannya PC expo perlu kerap lagi dianjurkan supaya situasi menang2 dapat dicapai di antara penjual dan pembeli..
Bagi cerita Tron pula..saya memberikan 8.5/10 di atas jalan cerita yang melengkapkan filem terdahulu dan grafik yang cun melecun..Kepada yang bercadang untuk menonton Tron Legacy..saya amat menggalakkan anda menontonnya kerana ia sangat berbaloi.
Cabutan bertuah yang kami sertai |
|
Berdundun barang2 yang dibeli |
K.A.K LETIH DAN SANGAT PUAS!
No comments:
Post a Comment