Blog Archive

Wednesday, December 15, 2010

Macam mana nak buat aduan yang berkesan?


Membuat aduan adalah suatu  perkara yang mudah.. Naumun untuk membuat aduan yang berkesan..ia memerlukan seni dan langkah2 yang betul dan tepat..bagaimana? Di bawah ini saya akan berkongsi dengan anda tips yang saya baca, kumpul dan rumuskan dalam bentuk mudah:

  1. Jangan berdiam diri. Sekiranya anda sedang membuat aduan, seboleh2nya cuba guna kan setiap saat masa membuat aduan itu dengan bertanyakan soalan dengan nada ingin tahu.. Sekiranya anda hanya berdiam diri..dikhuatiri aduan anda akan dilayan ala kadar dan tidak dengan bersungguh2..Namun perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya kita bertanya.. Rajin kan bertanya kepada orang yang terima aduan tu tentang punca kerosakan itu berlaku.
  2. Mengadulah dengan secara bermaruah. Ini bermaksud buatlah aduan dengan tenang dan tidak menunjukkan anda sedang marah. Semakin tenang kita semasa membuat aduan, semakin mudah proses penyelesaian masalah itu dapat dilakukan. Kita perlu sentiasa ingat bahawa orang yang terima aduan kita juga adalah manusia yang mempunyai emosi seperti kita. Percaturannya mudah. Kita menghormati dia dan dia menghormati kita. Tetapi bila berlaku situasi soalah2 mereka ingin mengambil jalan mudah. Kita harus tegas, dan minta dilayan degan betul. Biarlah marah menjadi jalan yang terakhir dalam proses membuat aduan. Itupun jika perlu.
  3. Berikan fakta yang jelas dan tepat. Banyak aduan yang tidak dapat diselesaikan bukan kerana orang yang menerima aduan tu tak buat kerja, tetapi lebih kepada si pengadu yang salah fakta dan berselindung semasa membuat aduan. Kebiasaannya ialah manusia takut dituduh melakukan kesilapan.. dan kita sebagai pengadu tidak mahu dituduh melakukan kesilapan.. namun begitu cuba berfikir sebaliknya.. kita membuat aduan kerana berlakunya masalah yang barangkali berpunca dari diri kita sendiri..oleh itu jujurlah pada diri sendiri..dan berikan fakta yang jelas dan tepat supaya masalah kita dapat difahami dan diselesaikan dengan cepat.
  4. Bagi aduan secara bertulis, pastikan anda mengambil masa secukup2nya untuk menulis satu aduan yang paling berkesan. Pastikan anda memberikan contoh yang sangat sesuai dalam penulisan anda bagi menyokong aduan tersebut. Kelebihan membuat aduan bertulis ialah kita mempunyai masa yang banyak untuk menulis dan membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan dalam penulisan.
  5. Buat aduan ke tempat yang betul. Pastikan kita kenal jenis perkara yang ingin diadukan dan kepada siapa seharusnya perkara tersebut diadukan. Kesilapan mengadu pada tempat atau saluran yang salah akan mengakibatkan masalah yang dihadapi langsung terbiar dan tidak dapat diselesaikan.
  6. Jangan rasa serba salah ketika mengadu.. Hal ini kerana ia adalah perkara biasa. Kita bukannya meminta dari mereka perkhidmatan percuma, sebaliknya kita membayar kepada mereka terhadap setiap perkhidmatan yang mereka janjikan. Namun yang demikian sekiranya kita tidak membuat aduan kerana takut dan perasaan serba salah.. maka kita akan berakhir dengan pembaziran wang yang dibayar untuk perkhidmatan yang bermasaalah.
  7. Dan sebagai langkah yang terakhir sekiranya aduan kita tidak didengari, maka kita gunakan kuasa pengguna. Publisitikan apa jua masalah yang kita hadapi di segala ruang yang boleh supaya ia mampu menarik perhatian pembekal perkhidmatan sekaligus 'mengajar' mereka.. yang pelanggan harus dilayan selayaknya..bukannya ..Gunakanlah ruangan forum dalam akhbar2 harian anda untuk meluahkan ketidakpuashatian anda terhadap masalah yang diadukan..
  8. Jangan meyalahkan orang yang terima aduan anda. Pastikan anda tidak menyalahkan orang yang menerima aduan anda..Sentiasa menggunakan nama syarikat atau organisasi yang menyediakan servis bermasaalah kepada anda.. pastikan anda sentiasa tenang.. dan seelok-eloknya sekiranya masalah anda itu juga merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai pelanggan yang lain..maka anda cuba terangkan kepada penerima aduan tersebut supaya dia boleh sampaikan cadangan kita kepada pihak atasannya..
  9. Lihatlah dari perspektif yang besar. Jangan disebabkan satu masalah kecil yang anda hadapi, anda terus menstreotaipkannya seolah- olah satu organisasi itu bermasalah besar.  Jangan pula disebabkan satu masalah yang seciput.. hidup anda terganggu dan kepala berserabut dan anda jadi tidak sihat..sentiasa kembali melihat perkara ni dengan perspektif yang betul.
  10.  Kongsikan pengalaman anda kepada sesiapa sahaja tentang masalah yang anda adukan..Siapa tahu esok atau lusa rakan anda pula yang akan menerima masalah yang sama seperti anda. Ataupun siapa tahu dengan bercerita anda dapat hilangkan sedikit rasa tidak puas hati dan lebih bagus lagi mana tahu kalau dengan bercerita anda mampu terjumpa orang yang boleh tolong selesaikan masalah anda..
Jadi.. inilah serba sedikit maklumat  yang saya boleh kongsikan supaya kelak kita tidak marah2 ketika membuat aduan..tetapi melakukannya dengan cara yang terhormat dan berhemat tinggi..

KAK sedang bercuti.

No comments:

Followers:

K.A.K @ YouTube

K.A.K Twitter

Follow K_AziziKhalid on Twitter

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...